Khamis, 15 November 2012

Teka-teki 1

Teka- teki

Kalau 1+1=2, jawapan selain dari itu apa?
Jawapan lain dari itu salah ...

Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Jawapannya stoking tu basah.

Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku. (Nyanyian)

Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Kentut.


Dalam Banyak 2 air,air apa yg paling berani? 
jawapannya ialah airterjun.. sebab dia berani terjun!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid..

.jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....( kepala le..)

Dalam banyak 2 binatang..... bintang apa yang bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
siput babi  la siput bertelur...babi beranak....

banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi..

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor, sebab motor pakai tongkat...

Dalam banyak- banyak pokok,pokok apa yang baik hati?
jawapannya pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
kasut BATA 

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berhenti?
jawapannya ialah meter bas 

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mana huruf yang boleh kahwin ..
jawapannya ialah...huruf i dengan u.( Tengah dating)


, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh .... 

Ada 3 biji limau kemudian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..berapa seorang dapat ?
jawapannya sorang dapat sebiji limau .sebab sama juga kalau potong atau
tak... mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik tak turun dah?
jawapan dia umur ..

cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina pasal dia pakai pad.

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa.........?
Gajah PATAH BALIK !

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..

Cube teka  benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki ......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebabnya dia duduk dalam tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB. TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. 


1.Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???

Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul



Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanya!

Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nya..!


Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.


Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

Jawapan: lilin masa sambut HEPPY BIRTHDAY


Teka-teki: Scorpion kala apa?

Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!



Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???

Jawapan: Kerani



Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG
IMAM TU???

Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!



Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi kenapa tak basah langsung??

Jawapan: Sebab tak hujan aduhai!




 Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basahcucuk.     Jawapan : Masuk kan benang dlm lubang jarum

 Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?                                                 Bas skolah lah... Sebab bas ni pergi sekolah

 Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?                   Jawapan : Milo AIS

 Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki                                      Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha

 Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?Jawapan :                                  Motosikal sebab dia pakai tongkat

Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah jawapan: Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?                         Jawapan : Betina ikan duyung jantang ikan BAKAR maner der betina name BAKAR